Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Kuala paku dipilih kerana dulunya ada sebatang sungai yang dipanggil “kuala” oleh penduduk di sini. “Kuala” tersebut dipenuhi pokok paku pakis , orang kampung memanggil dengan gelaran kampung kuala paku pakis, namun disingkatan menjadi Kuala Paku. Sehingga hari ini sungai di Kuala Paku masih ada sungai yang telah dibina jambatan .



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


SEMINAR KEUSAHAWANAN STEP TO ONLINE BUSINESS

Aktiviti Terkini | 08, 15 & 22 Disember 2018

Seminar ini membantu para bakal usahawan untuk memulakan perniagaan dari rumah dan memasarkan ke pasaran yang lebih besar dan global...baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN : KREATIF KRAF BUNGA TISU

Aktiviti Terkini | 17 November 2018

Tujuan aktiviti ini diadakan bagi mempromosikan hasil produk yang dihasilkan oleh usahawan hanya dengan menggunakan tisu kepada komuniti setempat. Selain itu juga, menarik komuniti untuk mempelajari perkara baru yang akan diajar oleh usahawan. Seterusnya, menarik minat komuniti untuk menjana pendapatan dengan hasil kraf. Dengan kaedah ini juga akan menarik minat para komuniti untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh Pusat Internet....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM KOMUNITI & ROADSHOW VIVO Y53 + FREE SIMPACK DIGI

Aktiviti Terkini | 06 Oktober 2018

Program Roadshow ini bertujuan menjual phone vivo melalui promosi harga rendah & percuma pakej internet yang berbaloi selain melakukan pelbagai aktiviti/program sekeluarga dapat mengeratkan hubungan antara penduduk/komuniti...baca selanjutnya

TAUTAN KASIH BERSAMA ANAK YATIM DI RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN DHUAFA' AL-QAMARIAH

Aktiviti Terkini | 29 September 2018

Tujuan program ini dijalankan bagi meraikan anak-anak yatim di rumah kebajiakan, dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan kuiz kepada mereka, bagi meningkatkan lagi semangat kerjasama antara mereka, dan memupuk minat mereka untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan akan datang....baca selanjutnya

PROGRAM KDB FUN & LEARNING

Aktiviti Terkini | 22 September 2018

Program ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada belia dan komuniti setempat mengenai keselamatan internet dan penggunaan internet secara berhemah dengan pendekatan belajar sambil bermain...baca selanjutnya

SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2018

Program ini dijalankan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos 2018....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI PERKARANGAN PUSAT INTERNET KOK LANAS

Aktiviti Terkini | 05 Ogos 2018

Program ini dijalankan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Latihan asas ini sangat penting untuk pengetahuan petugas PI sekiranya berlaku sebarang kebaran yang berlaku di PI masing-masing. ...baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG BERSAMA AHLI PUSAT INTERNET KUALA PAKU

Aktiviti Terkini | 21 Jul 2018

Aktiviti ini dapat membersihkan kawasan PI Kuala Paku dan dapat mengeratkan hubungan staff dengan ahli di Pi Kuala Paku serta memupuk nilai kebersihan dalam masyarakat....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA PUSAT INTERNET TANAH MERAH

Aktiviti Terkini | 07 Julai 2018

Program ini diadakan untuk staff pi di sekitar Tanah Merah beramah mesra pada majlis tersebut selain dapat beramah mesra dengan penduduk di sekitar PI Kuala Paku....baca selanjutnya

PROGRAM IMPAK KOMUNITI IKBN-JAHITAN BANTAL KANAK-KANAK

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2018

Program jahitan bantal ini merupakan satu aktiviti khusus untuk golongan kanak-kanak dalam memberi pendedahan awal kepada mereka tentang membuat bantal sendiri....baca selanjutnya

PROGRAM E- REZEKI

Aktiviti Terkini | 04, 12, 27 Mei 2018

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada program E-REZEKI dan untuk membantu penduduk yang ingin menambah pendapatan sampingan....baca selanjutnya

PROGRAM JUALAN MURAH DI PELADANG DAN AGIHAN SIM DIGI DI BAWAH PROJEK MYAGRO

Aktiviti Terkini | 02 Mei 2018

Program ini untuk membantu golongan Petani, nelayan dan usahawan bawah bimbingan Risda mendapat kemudahan capaian internet...baca selanjutnya

CHEF CILIK TADIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 29 April 2018

Program ini dijalankan bagi memperkenalkan dan mempromosi perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pi1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M KG KUALA PAKU

Aktiviti Terkini | 21 April 2018

Hari Terbuka ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti yang disediakan dan menambah penyertaan ahli PI1M dan menarik minat komuniti setempat menyertai aktiviti yang dijalan oleh pihak PI1M dan merapatkan lagi silaturahim antara pihak PI1M dan komuniti setempat.....baca selanjutnya

BENGKEL KECANTIKAN OLEH MUA DIANA

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2018

Bengkel Kecantikan ini merupakan satu aktiviti khusus untuk golongan remaja dan wanita. Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak Pi1M untuk mengajak para pengunjung khususnya golongan wanita untuk datang ke PI1M...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI KARNIVAL FARMASI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 09 - 10 Mac 2018

Jabatan Farmasi Kelantan telah bekerjasama dengan JKKKP Jabatan Farmasi Negeri Kelantan untuk mengadakan program tersebut. Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan jabatan farmasi dengan masyarakt setempat....baca selanjutnya

KELAS KECANTIKAN

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2018

Program 'Grooming Class' merupakan satu aktiviti khusus untuk golongan remaja dan wanita. Selain itu program ini adalah bertujuan untuk mengajak wanita supya berkecimoung dalma bidang kecantikan dan menjadi usahawan serta mampu menambah pendapatan bulanan mereka....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI KARNIVAL JUALAN MURAH

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2018

Program Advokasi Di Karnival Jualan Murah merupakan salah satu inisiatif pihak Pi1M untuk mengajak para pengunjung untuk lebih menggunakan internet secara berhemah...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SENTUHAN RAKYAT BERSAMA AGENSI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI CAWANGAN TANAH MERAH

Aktiviti Terkini | 30 Januari 2018

Program ini dijalankan bertujuan mempromosikan PI1M kepada masyarakat setempat dan memberi pendedahan kepada penduduk program yang diadakan di PI dan peranan PI kepada masyarakat...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI BERSAMA PUSAT DALAM KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2018

Dengan adanya Program advokasi ini, setiap perserta yang terlibat iaitu terdiri tenaga pengajar di PDK, Orang kurang upaya, dan juga beberapa masyarakat setempat dapat melahirkan nilai-nilai murni seperti semangat hidup bermasyarakat, mengeratkan silatulrahim dan sebagainya....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI MSU COLLEGE KOTA BHARU

Aktiviti Terkini | 02 Januari 2018

Program Advokasi ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar IPTS mengenai Program Klik Dengan Bijak dengan lebih dekat lagi dan untuk mengeratkan hubungan pihak MSU dengan Pusat Internet 1Malaysia....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti