Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Kuala paku dipilih kerana dulunya ada sebatang sungai yang dipanggil “kuala” oleh penduduk di sini. “Kuala” tersebut dipenuhi pokok paku pakis , orang kampung memanggil dengan gelaran kampung kuala paku pakis, namun disingkatan menjadi Kuala Paku. Sehingga hari ini sungai di Kuala Paku masih ada sungai yang telah dibina jambatan .



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


'LIKE, SHARE & WIN FACEBOOK'

Aktiviti Terkini | 23 - 31 Disember 2016

Program 'Like, Share & Win Facebook akan diadakan untuk meramaikan ahli dalam page tersebut secara langsung mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Paku dan menarik minat penduduk setempat untuk menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak PI1M....baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PROGRAM BERSAMA PELAJAR LEPASAN UPSR DI PI1M KUALA PAKU

Aktiviti Terkini | 26 November 2016

Program ini bertujuan untuk meraikan kejayaan pelajar lepasan UPSR di sekitar PI1M Kuala Paku yang kebanyakkan ahli di PI1M Kuala Paku...baca selanjutnya

PERASMIAN PUSAT TRANSFORMASI LUAR BANDAR ( RTC) & MAJLIS YB TURUN PADANG DI SEKOLAH BLOCK ULU KUSIAL GUAL IPOH TANAH MERAH KELANTAN KERJASAMA PI1M KUALA PAKU, PI1M KG BELIMBING DAN PI1M KG CHAWAS

Aktiviti Terkini | 09 Oktober 2016

Perasmian Pusat Transformasi Luar Bandar ( Rtc) & Majlis Yb Turun Padang Di Sekolah Block Ulu Kusial Gual Ipoh Tanah Merah Kelantan dengan kerjasama PI1M Kuala Paku, PI1M Kg Belimbing dan PI1M Kg Chawas telah diadakan pada 9 Oktober 2016 bertempat di Sekolah Kebangsaan Ulu Kusial, Gual Ipoh... baca selanjutnya

HARI TERBUKA DI PI1M KUALA PAKU

Aktiviti Terkini | 02 September 2016

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’...baca selanjutnya

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’...... baca selanjutnya

MAJLIS RUMAH TERBUKA RAYA BERSAMA PI1M TANAH MERAH

Aktiviti Terkini | 31 Julai 2016

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk sambutan hari raya bersama pi1m di Tanah Merah sempena untuk memeriahkan sambutan hari raya. Beramah mesra antara staff pi1m di kawasan Tanah Merah. Merapatkan hubungan dengan rakan sekerja dan beramah mesra dengan penduduk kampung...... baca selanjutnya

PI1M SURF & REDEEM

Aktiviti Terkini | Mac sehingga April 2016

P1IM kuala paku telah mengadakan PI1M SURF & REDEEM kepada pengunjung yang datang ke Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Paku..... baca selanjutnya

MAJLIS JALINAN UKHWAH MESRA BERSAMA DENGAN PENGUJUNG PI1M KUALA PAKU

19 Februari 2016

P1IM kuala paku telah mengadakan Majlis jalinan ukhwah mesra bersama dengan pengunjung pi1m Kuala Paku..... baca selanjutnya

BOX OF SURPRISE

22 & 23 Jan 2016

P1IM kuala paku telah mengadakan aktiviti BOX OF SURPRISE khas untuk pengguna yang datang menggunakan khidmat pi1m kuala paku..... baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti