Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Kuala paku dipilih kerana dulunya ada sebatang sungai yang dipanggil “kuala” oleh penduduk di sini. “Kuala” tersebut dipenuhi pokok paku pakis , orang kampung memanggil dengan gelaran kampung kuala paku pakis, namun disingkatan menjadi Kuala Paku. Sehingga hari ini sungai di Kuala Paku masih ada sungai yang telah dibina jambatan .



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM DIGI CYBERTALK SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) ARABIAH TERNANG GUAL IPOH

Aktiviti Terkini | 2 Ogos 2023

Program Digi Cybertalk ini diadakan secara berkolabrasi antara PEDi Digi Tanah Merah & Temangan...baca selanjutnya

PROGRAM KAJISELIDIK PENGGUNA PEDi BERSAMA MERDEKA CENTRE

Aktiviti Terkini | 28 & 29 Julai 2023

Program ini diadakan bertujuan untuk menilai sejauh mana kepentingan PEDi kepada Komuniti setempat dan penilaian tahap kejayaan usahawan yang menyertai program yang dianjurkan oleh PEDi.....baca selanjutnya

PROGRAM HARI TERBUKA BERSAMA KOMUNITI DAN KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2023

Program ini diadakan untuk merapatkan hubungan antara komuniti dengan PEDi melalui aktiviti yang diadakan....baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA PEDI TANAH MERAH & TEMANGAN 2023 BERSAMA KOMUNITI DI PEDI KUALA PAKU

Aktiviti Terkini | 12 Mei 2023

Program ini diadakan dengan kerjasama PEDi Digi Tanah Merah dan Temangan untuk meraikan sambutan hari raya Bersama komuniti setempat di PEDi Kuala Paku...baca selanjutnya

PROGRAM BISKUT RAYA UNTUK KOMUNITI DI PEDI KUALA PAKU

Aktiviti Terkini | 16 April 2023

Program ini diadakan dengan kerjasama PEDi Digi Tanah Merah dan Temangan mengenai resepi membuat biskut raya untuk komuniti di PEDi Kuala Paku....baca selanjutnya

PROGRAM KELAS KEUSAHAWANAN PASARKAN PRODUK DENGAN TEKNIK FLAT LAY DAN VIDEO PENDEK DI PEDI KG BELIMBING

Aktiviti Terkini | 21 Mac 2023

Program ini diadakan anjuran MARA Tanah Merah dengan kerjasama PEDi Digi Tanah Merah dan Temangan mengenai cara pasarkan produk dengan Teknik fotografi ‘flat lay’ dan video pendek...baca selanjutnya

PROGRAM KELAS SHOPEE / TIK TOK AFFILIATE BERSAMA KOMUNITI & DIGI CYBERTALK KEPADA STAFF PEDI OLEH WAKIL KLUSTER PEDI TANAH MERAH DI PEDI KG CHAWAS

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2023

Program ini diadakan dengan kerjasama PEDi Digi Tanah Merah dan Temangan Program di PEDi KG CHAWAS...baca selanjutnya

PROGRAM KELAS KEUSAHAWANAN SHOPEE BERSAMA KOMUNITI GUAL IPOH KERJASAMA DENGAN PEDI TANAH MERAH & PEDI TEMANGAN DI PEDI KUALA PAKU

Aktiviti Terkini | 15 Januari 2023

Program ini diadakan dengan kerjasama PEDi Digi Tanah Merah dan Temangan Program di PEDi KUALA PAKU...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti