PROGRAM HARI TERBUKA BERSAMA KOMUNITI DAN KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL

Aktiviti terkini |24 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Temangan
Ringkasan Aktiviti :
• Pada program ini juga menteri Komunikasi dan Digital iaitu YB Fahmi Fadzil telah datang untuk melihat sendiri aktiviti dan program yang diadakan pada hari terbuka di PEDi Temangan.

Tujuan :
• Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara komuniti dengan PEDi serta berkongsi kejayaan PEDi melalui program yang telah diadakan di PEDi kepada Kementerian Komunikasi dan Digital khasnya kepada menteri Komunikasi dan Digital .

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Memberi Taklimat Klik dengan Bijak dari pihak SKMM kepada komuniti untuk memberi kesedaran kepada komuniti mengenai internet.
• Memberi penerangan kepada YB Fahmi Fadzil mengenai aktiviti,program dan usahawan yang telah berjaya dilatih di PEDi.
• Pameran dari agensi Parkeso, di mana komuniti boleh mendaftar untuk menjadi ahli parkeso untuk yang bekerja sendiri.
• Memberi simkad percuma sebanyak 200 keping kepada komuiti yang hadir pada hari tersebut.
• Pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh kospen kepada komuniti
• Pameran dan gerai usahawan yang terdiri dari usahawan yang telah dilatih oleh PEDi.
• Penyampaian laptop percuma kepada sekolah yang terpilih oleh pihak celcomdigi

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Merapatkan hubungan antara staff dengan komuniti
• Dapat menerangkan kepada Menteri Komunikasi dan Digital sendiri aktiviti dan program yang diadakan di PEDI.

Nama VIP :
• Menteri Komunikasi dan Digital ( YB Fahmi Fadzil)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :