PROGRAM HARI BERSAMA KOMUNITI (HBK) PEDI KOK LANAS

Aktiviti terkini | 17 November 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Kok Lanas & Perkarangan Luar PEDi Kok Lanas
Ringkasan Aktiviti :
• Hari Terbuka Bersama Komuniti merupakan program tahunan sejak penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kok Lanas. Ia merupakan salah satu cara untuk mempromosi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan juga bagi menjalinkan kerjasama antara Pusat Ekonomi Digital (PEDi), komuniti dan usahawan Kok Lanas Pelbagai aktiviti dan perkhidmatan disediakan pada hari program tersebut.

Tujuan :
• 1.Memberi peluang kepada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempromosikan perkhidmatan yang disediakan terutamanya kelas e Dagang atau e usahawan kepada komuniti dalam pendedahan pemasaran online.
• 2.Mengeratkan hubungan dan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dengan komuniti setempat.
• 3.Mengeratkan hubungan dan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dengan agensi kerajaan dan swasta.
• 4.Memberi pendedahan kepada komuniti mengenai penggunaan internet yang selamat serta berhemah melalui taklimat Klik Dengan Bijak.(KDB)

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 1.Pendaftaran Pengunjung/Keahlian Baru PEDi
• 2.Pameran Agensi SSM dan Agensi TEKUN
• 3.Pameran Usahawan PEDi Kok Lanas (Kek & Sambal Hitam Pahang)
• 4.Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tadika KEMAS Wirajayankra
• 5.Pertandingan Mewarna Dewasa ( Umur 50 Tahun Ke atas)
• 6.Taklimat KDB-OverSharing Oleh MCMC Negeri Kelantan
• 7. Pertandingan Berebut Kerusi Kanak-Kanak Perempuan
• 8. Pertandingan Berebut Kerusi Dewasa (Wanita)
• 9. Pertandingan Berebut Kerusi Kanak-Kanak Lelaki
• 10. Majlis Perasmian Hari Bersama Komuniti
• 11.Cabutan Bertuah
• 11.Penyampaian Hadiah kepada pemenang

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Pendaftaran Keahlian PEDi Kok Lanas
• Pada Hari Bersama Komuniti(HBK) PEDi Kok Lanas pendaftaran keahlian secara percuma sahaja terhad kepada 100 orang yang pertama. Pada masa yang sama, Staf PEDi mempromosikan perkhidmatan yang ada di PEDi serta Latihan keusahawan dan juga Latihan ICT juga disediakan kepada komuniti.

• Pameran Agensi SSM dan Agensi TEKUN
• Pengunjung yang hadir semasa HBK PEDi Kok Lanas dapat berurusan dengan pihak agnesi berkenaan yang mana sekiranya ada sebarang urusan dengan agensi berkenaan.

• Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB-OverSharing)
• Oleh Puan Nordziana Bt Mohd Aripin@ AB Rahim
• Timb.Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Kelantan
• Taklimat KDB mengenai Oversharing atau Terlebih Kongsi telah diberi pendedahan kepada pengunjung @ komuniti yang hadir semasa HBK PEDi Kok Lanas.
• Pelbagai peringkat umur yang telah mendengar taklimat yang dijalankan oleh pihak MCMC Negeri Kelantan.
• Taklimat KDB ini memberi pendedahan sekiranya komuniti terlebih kongsi mengenai maklumat peribadi kepada umum bahawa akan mendatangkan risiko buruk kepada pengguna media social sekiranya terlampau Terlebih Kongsi.
• Semasa Taklimat juga, pihak MCMC mengadakan kuiz cybergenius kepada pengunjung yang hadir semasa program HBK.

• Aktiviti Pertandingan Mewarna
• PEDi Kok Lanas telah menjemput Kanak-kanak tadika KEMAS Wirajaynkra untuk menyertai pertandingan mewarna kategori kanak-kanak. Ianya juga mengeratkan hubungan ukkwah antara Staf PEDi dengan Pihak Pengurusan KEMAS Wirajayankra yang berdekatan dengan PEDi Kok Lanas.

• Untuk Kategori Mewarna Dewasa telah diberi peluang kepada komuniti yang hadir berusia 50 tahun ke atas. Sambutan pertandingan amat menggalakkan daripada komuniti.

• Perasmian Hari Bersama Komuniti PEDi Kok Lanas
• HBK ini telah dirasmikan oleh Pengerusi PEDi Kok Lanas iaitu Puan Marzuani Ardila Binti Ariffin

Nama VIP :
• Pengerusi MDEC – Datuk Seri Dr Sr Md Alwi Bin Hj Che Ahmad
• Pengarah MCMC Negeri Kelantan – En.Abdul Mubin Bin Mohd Zain
• Timbalan Pengarah MCMC Negeri Kelantan - Puan Nordziana Bt Mohd Aripin@ AB Rahim
• Pegawai-Pegawai MCMC Negeri Kelantan
• Pengerusi PEDi Kok Lanas - Puan Marzuani Ardila Binti Ariffin
• Wakil Digi - Mohd Fairose Bin Harun

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :